You're lucky
Sunday, February 10, 2013 @ 3:15 AM
| 14 notes
\Assalammualaikum/ Hello. Once again I rule my own territory. Lol wtf did I just mumbling about? Go straight and don't belok belok, I scroll down my TL at twitter *duhh obviously* and wtf did people just tweet? I'm not good, I wish I don't burden people. Dude, every person that exists in this world are important and meaningful. EVERY PERSON. Here's the story I will never forget (Chicken Soup for Soul)
Two characters, Hasreen and Syazana. Hehe :3
Hari ni, aku pakai t-shirt dan jeans biasa ke sekolah. Ya, t-shirt yang dijual dekat pasar malam je. Jeans pula aku beli dekat charity sale minggu lepas. Rambut pula aku biarkan tidak terikat. Aku berlari anak turun ke bawah mendapatkan ibu yang sedang sibuk menyiapkan sarapan.
"Ibu, Hasreen dah lambat ni. Sorry ya, ibu. Bye." Aku mencium pipi ibu. Sekarang ini, baru pukul tujuh. Kelas start pada pukul 7:45 pagi. Aku sengaja pergi ke sekolah awal supaya aku tak berlama-lama di dapur. Nanti, ibu suruh bawa bekal pula ke sekolah. Malulah bawa bekal. Dude, aku dah nak masuk tujuh belas tahun.
Di sekolah, aku mendapatkan kawan baik aku. Satu-satunya kawanku. Yang lain? Aku tak layak nak berkawan dengan orang-orang di sini. Hanya seorang sahaja kawan yang aku ada. Namanya Sunny. Lainlah macam Syazana. Dia tu lawa, kaya, pandai, aktif dalam kokurikulum. Aku tak boleh nak benci dia sebab dia baik sangat. Satu sekolah suka dekat dia. Pelajar perempuan nak sangat berkawan dengan dia. Pelajar lelaki pula selalu jugalah bagi bunga, coklat dan segala. Tapi Syazana tak layan pun.
Dia berkawan dengan semua orang. Kadang-kadang dengan aku pun dia bertegur-sapa. Cuma, kawan-kawan rapatnya tu je yang main jeling-jeling dengan aku. Apalah dosa aku dekat diorang. Aku sibuk berborak-borak dengan Sunny sehinggakan aku tak sedar Syazana di belakangku. Sunny mencuit aku apabila dia tersedar kelibat Syazana di belakangku.
"Oh, maaf. Saya tak perasan pula awak di belakang saya." Syazana melemparkan senyuman. Senyumannya sungguh ikhlas. Dia memegang t-shirtku.
"Lawanya baju awak. Saya suka quotes dia." Aku membaca quotes pada t-shirt pasar malamku
You're lucky in every way
"Terima kasih." Aku memandang sekilas pakaiannya. Tak usah cakap, memang lawa. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semua branded. Apa kelas pakai baju pasar malam dan seluar charity sale, kan?
Dia kemudiannya beredar. Rakan-rakan popularnya menjeling padaku seperti biasa. Aku malas nak melayan.
***
Aku membuka lokerku. Aku suka menghias lokerku dengan gambar-gambarku dan Sunny. Tetapi paling banyak tentunya gambar keluargaku. Di suatu sudut terdapat gambar ibu memelukku penuh erat ketika sambutan hari jadiku ke- lima belas. Oh, itu pula gambar ayah dan aku makan kek coklat dengan bibir yang comot. Di sudut tu pula gambar aku bersama adik-adik ku.
"Hello." Aku terkejut. Lantas aku menutup lokerku. Malulah sekiranya ada orang terlihat gambar-gambar keluarga aku. Macam budak kecil pula hias-hias loker dengan gambar keluarga. Aku memandang belakang, Syazana?
"Itu gambar keluarga awak?" Syazana menunding pada gambar keluargaku bercuti di Pulau Pinang. Alamak, macam mana boleh terjatuh pula gambar ni?
"Ya." Dia membaca tulisan yang disertakan di dalam gambar tu. Aku turut membacanya.
I love you sooooooooooooo much, sugar pie. You make our lives complete. Seketika kemudian, aku mendengar dia mengeluh. Aku memandangnya mukanya yang seperti orang bersedih.
"Kenapa?" Aku menunjukkan sikap keprihatinanku. Cewah.
"Kalaulah keluarga saya macam keluarga awak, tentu seronok." Aku berkerut mendengarnya. Bukankah hidupnya sempurna? Bijak, kaya, popular. Apa lagi yang dia mahu?
"Hidup saya tak macam orang bayangkan. Saya nampak gembira di luar. Tapi saya sedih di dalam. Setiap malam, keluarga saya bertekak. Susah betul saya mahu tidur lena. Mereka asyik ulang benda yang sama, cerai, cerai, cerai. Kadang-kala, saya terfikir, diorang tak pernah fikirkan tentang saya ke? Masa depan saya? Awak sangat beruntung, Hasreen." Air mata Syazana menitis. Aku mengelap air matanya.
"Kalau awak nak, awak boleh jumpa keluarga saya. Mereka tentu suka." Muka Syazana yang keruh itu terus bercahaya. Mungkin itu maksudnya ya. Tengah hari tu, Syazana makan tengah hari di rumahku. Dia memuji masakan ibu. Malam Sabtu pula, dia tidur di rumahku. Kami bermain board games bersama keluarga aku. Aku tak pernah melihat Syazana gembira sebegitu rupa.
Aku asyik memikirkan apa yang Syazana ada sehingga aku terlupa apa yang aku ada. Betullah kata t-shirt itu,
you're lucky in every way. Aku memang bertuah. Keluarga ku tidak retak seperti keluarganya. Tiada seorang pun manusia di dunia ini yang sempurna.