Confessions of 2012
Friday, December 21, 2012 @ 12:16 AM
| 1 notes
\Assalammualaikum/. Hai. Yeah tengok tajuk atas tu. K susahnya nak cerita ni. Haih. Buat jelah. Sebelum tu, sila pasang lagu I Knew You Were Trouble by Taylor Swift sebagai penambah perisa entri ni. Kalau tak suka Taylor Swift lantak pilah. Pasang lagu yang sedih tau. SEDIH TAU. Hamek kau kena dah Caps Lock. K back to the topic.
Tadi aku stalk blog seorang hamba Allah. Kawan dulu. Bukan main semangat aku tekan older post. Tak tahulah nak put link dia. Maybe tak kut. But the thing is, aku banyak fikir pasal cerita dia. I mean, masalah dia. Aku fikir balik pasal masalah aku. Macam serupa je. Tapi takdelah macam dia. Masalah pasal friends etc. Siapa kata aku takde. Aku pun ada. Tapi bila fikir balik, semuanya mula dari aku.
Macam, orang kata aku gedik pun aku nak merajuk. Bukannya first time aku kena panggil gedik. Tapi tulah. Aku dah berubah. Aku ni mula jadi sensitif. Padahal dulu orang ejek nama bapak pun aku ejek balik. Aku banyak terasa. Padahal aku tahu diorang mainmain je. Aku asyik fikir pasal aku je. Pastu mulalah aku menangis waktu solat. Mulalah aku fikir
Kenapalah aku masuk sini. Kenapalah aku tak stay dekat JESS je. Padahal dulu target aku masuk situ je. Tak terfikir nak masuk sini. Kenapalah aku bodoh sangat masuk sini.
Ladies and gentlemen, inilah namanya menyalahkan takdir. Menyalahkan Qada' dan Qadar. Aku tak sedar dulu. Aku tak sedar aku salahkan Allah. Ya Allah, aku insaf T^T Then aku mula fikir balik,
Ntahtah kalau aku stay JESS ujian dia lagi teruk. Allah je tahu.
Ladies and gentlemen, aku mula fikir pasal ni bila? Waktu cuti. Rewind balik 2012. Macam vangang kan? Tapi aku rasa, problem pasal friends ni memang semua orang kena, kan? Yelah, kitorang pre-teen. Jiwa menggelodak. Bad mood selalu. Terasa takyah cakaplah. Memang kena punya. Bila aku tengok geng lain punya problem, baru aku sedar bukan aku sorang je kena. Disisih, rasa macam tak layak, kena buli.
Aha! Kena buli ni, sometimes kita tak sedar pun kita buli dia. Kita tak rasa pun macam kita ni melebih-lebih kenakan dia. Sampailah tu dikira kes buli. Tetiba teringat budak katil empat. Kadangkadang aku rasa macam dia yang betul. Kadangkadang aku rasa kitoranglah betul. Tulah. Sebab kita pun ingat yang buli ni kes pukul pukul je kan? Tak tahu apa maksud buli sebenar. Panjang gila aku blogging. Macam pakar kaunseling pulak kan? Muahaha. Ex-PRS katakan. K stop it here. Harap sangat bakal students mrsm tahun depan baca. Taknak diorang buat mistake yang sama x