follow | dash
Fearless
Koreaaa : part 2
Thursday, November 29, 2012 @ 7:04 PM | 0 yeolli(s)

Assalammualaikum. Part 2 is comingggggg. Kalau bukan sebab Athirah, tak mungkin part 2 akan muncul -..-
Yeah, aku memang malassss. Selepas dua hari shopping, kitorang pergi Namsan Tower. Comel gila couple yang date dekat Namsan Tower. Rasa macam tengok drama Korea pulak. Haha.

Dekat sana, kitorang jalanjalan lepastu ada something like Korean traditional thing. Semua family aku pakai baju tradisional diorang. Aku tak sebab malas nak buka coat. Hey, susah tau nak zip coat ni -.- Harapanlah nak buka coat. Tapi atuk aku cool gila pakai baju diorang.

Then, aku dan mak aku jalanjalan tengok Love Chain tu. Walaupun aku tak faham apa yang diorang tulis, tapi comel okey. Banyak gila sampai boleh buat empat pokok krismas. And, baru aku tau, diorang buat love chain ni sebab kempen protect the bears or something like that. Eh, tapi comel. Couple yang lock their love and wish for their relationship. Gahhh. Comel comel comel.

Pastu aku ajak mak aku masuk Teddy Bear Museum. Aku, my mom and dua adik aku masuk. Diorang sukalah tengok teddy bear gerakgerak. Aku pun suka tapi takkan nak terlompat-lompat excited kan? Lololol.

 Beberapa hari kemudian, kitorang pergi Everland. Aku tanya kenapa tak pergi Lotte World sebab biasanya orang cerita fanfic buat couple pergi theme park dekat Lotte World. Oh lupa, aku bukannya pergi dengan couple. Aku pergi dengan family. Bengonglah kau, Hasreen. Btw, tengok gambar tu. Apa tu? Itulah icecream :D Pelik kan? Nampaknya berkacang-kacang *ayat adik* tapi bila masuk mulut melting terus. Yang paling best dekat Everland waktu main Bumper Car. Langgar langgar dengan korean guys hokeyyyyy. Apa yang tak best nye. *Saja nak jeleskan anda wahai cik athirah*

Sebelum tu, aku and le family bincangbincang nak pergi mana and then a group of korean guys jalanjalan tetiba sorang guy ni datang kat aku and mom pastu dia kata 'annyeong' Betapa mesranya mereka. Waktu kitorang jalanjalan lagi, ada sorang korean girl yang comel tegur kitorang 'annyeong'. Okey, mereka sangatlah comel dan polite.

Selepas tu, aku berkurung dalam hotel je sebab malas nak keluar. Tapi rugi T^T Diorang pergi Trick Eye Museum. Aku pula tengok anime dalam hotel. Best je tengok gambar diorang. Oh, dekat Korea, aku terpaut hati dengan satu anime Jepun, Tonari no- Kaibutsukun. Comel sangat Shizuku dengan Haru. Okey, tu bukan Korea. Kalau tak baca lagi Part 1, klik sini wahai si cantik dan si kacak . Then, kitorang balik Malaysia. Happy ending :)