My 70th post
Tuesday, March 26, 2013 @ 12:05 AM
| 3 notes
\\Assalammualaikum// Okey ni bukan my really 70th entry. Yang lain aku delete. Yang lama lama tu. Haha malu nak baca balik. Macam apa je cerita aku. Wow this is my first entry of this month. Salahkan maktab sebab tak bagi balik -.- Anyway, azam tahun ni taknak balik sebab homesick jadi sabar je menunggu pulang bermalam wajib. Tepuk sikit. Thank you, thank you lol.
1st March, ada merentas desa. Macam mana saya lari? Cuba bayangkan orang lari slow mo. Itulah saya haha. Dapat sumbangkan 1 mata untuk TAR. First time sumbangkan mata so banggalah haha. Nampak sangat takde semangat kesukanan hehe. Keadaan gawat seketika bila aku pitam waktu tengah borak dengan orang. Tulah lari slow mo lagi. Oh ha ah tengah hari tu aku tak lunch patutlah pitam hehe. Moral of the story: Makan itu pentingggggggggggggggggggg sangat.
Minggu aktiviti, aku tak buat apa apa untuk rumah sukan. Duduk duduk gosyip lepas tu merayap dekat rumah lain. Waktu umumkan juara, rumah kitorang dapat nombor empat untuk khemah, perbarisan. Teramatlah mengejutkan kitorang dapat nombor dua. Macam tahun lepas. Yang jeles jeles tu taknak mengaku kalah bluek.
Waktu homeroom, wah kitorang unite. Bagus tak? Kenapalah papa tak nampak semangat unite kitorang? Tsk tsk cedih ah. Tapi unite apa kalau tak gaduh kan? Tu Ira dengan Hayat tahu bertekak je. Layang layang tak boleh terbanglah. Kataklah tu lah ni lah. Homeroom lain buat satu layang layang, kitorang siap ada layang layang back-up lagi haaa bagus tak anak-anak papa. Waktu main belon pecah tu best gila. Menang macam tu je haha. Well homeroom kami terlebih awesome nak buat macam mana.
Ujian selaras yang lepas, aku tengok unofficial pointer, betul-betul dapat 3.5. Alhamdulillah at least dapat 3.5. Tapi waktu perjumpaan batch dengan pengetua, entahlah sepatutnya pengetua umum nama aku last tapi ada lagi nama lain. Ya Allah tolonglah naikkan pointer tu. At least 3.6. Tu pun memadai. Diorang tak tampal lagi result. Eee sekeh karang.
Cikgu tinggalkan homework banyak gila. Nak siapkan folio sekarang bye assalammualaikum.
p/s: Apa masalah keyboard ni?