follow | dash
Fearless
Trouble Maker 1
Thursday, December 15, 2011 @ 7:08 PM | 0 yeolli(s)

Photobucket


          Tengku Rania mengatur langkah memasuki hallway SMK Harrington dengan penuh elegen. Tentu Tengku Rania perlu tampil elegen setiap masa. Dia bukan sahaja mempunyai darah diraja. Dia juga salah seorang pelajar yang bijak pandai. Tengku Rania pernah membanggakan negaranya dengan menyandang tempat pertama International  Sudoku Contest yang diadakan di Jepun
.
          Itupun...selepas dia enter hallway SMK Harrington. Hallway SMK Harrington setaraf seperti hall of fame seperti Hollywood. Kehidupan pelajar-pelajar SMK Harrington yang penuh privasi dari paparazzi bermula selepas mereka melepas hallway SMK Harrington.

          Selepas Tengku Rania, permaidani merah yang panjang satu meter itu dipijak oleh Qalissa Sakura Bt. Dato’ Idris. Qalissa gadis yang sering menghiasi majalah-majalah hiburan mahupun politik. Dato’ Idris ialah seorang ahli politik berpengaruh. Qalissa juga mendapat tempias politik Dato’ Idris.

        Namun, Qalissa tidak mahu dikenali kerana nama bapanya. Dia cuba berdiri dengan sendiri dengan menyertai sebuah agensi model. Fesyen-fesyen yang diperagakannya pasti laris dalam masa seminggu sahaja. Tetapi dia tidak menerima tawaran  menyertai pertunjukan fesyen di luar negara. Dia mahu fokus terhadap pelajarannya terlebih dahulu.

          Selepas Qalissa berjalan memasuki SMK Harrington, Dhi Hana, penyanyi ciilik mengikut langkah Qalissa. Peminat-peminatnya bersorak. Ada yang menjerit meminta tanda tangan. Dhi memberi tanda tangan kepada peminat-peminatnya. Walaupun pada waktu itu mereka patut berada di sekolah masing-masing, mereka tetap berkeras mahu bertemu penyanyi cilik antara bangsa itu.

          Itulah tempias glamor dan populariti Tengku Rania Bt. Tengku Nazaruddin, Qalissa Sakura Bt. Dato’ Idris dan Dhi Hana. Mereka disayangi, popular. Tetapi seperti remaja lain, mereka juga nakal di sekolah. Namun kenakalan mereka tidak keterlaluan. Guru-guru mereka masih boleh tersenyum. Rakan-rakan mereka masih boleh ketawa dengan telatah mereka. Disebabkan kenakalan mereka dan nilai sahabat mereka yang tinggi, rakan-rakan mereka menggelar mereka The Triple Trouble Maker.