follow | dash
Fearless
Koreaaa : part 2
Thursday, November 29, 2012 @ 7:04 PM | 0 yeolli(s)

Assalammualaikum. Part 2 is comingggggg. Kalau bukan sebab Athirah, tak mungkin part 2 akan muncul -..-
Yeah, aku memang malassss. Selepas dua hari shopping, kitorang pergi Namsan Tower. Comel gila couple yang date dekat Namsan Tower. Rasa macam tengok drama Korea pulak. Haha.

Dekat sana, kitorang jalanjalan lepastu ada something like Korean traditional thing. Semua family aku pakai baju tradisional diorang. Aku tak sebab malas nak buka coat. Hey, susah tau nak zip coat ni -.- Harapanlah nak buka coat. Tapi atuk aku cool gila pakai baju diorang.

Then, aku dan mak aku jalanjalan tengok Love Chain tu. Walaupun aku tak faham apa yang diorang tulis, tapi comel okey. Banyak gila sampai boleh buat empat pokok krismas. And, baru aku tau, diorang buat love chain ni sebab kempen protect the bears or something like that. Eh, tapi comel. Couple yang lock their love and wish for their relationship. Gahhh. Comel comel comel.

Pastu aku ajak mak aku masuk Teddy Bear Museum. Aku, my mom and dua adik aku masuk. Diorang sukalah tengok teddy bear gerakgerak. Aku pun suka tapi takkan nak terlompat-lompat excited kan? Lololol.

 Beberapa hari kemudian, kitorang pergi Everland. Aku tanya kenapa tak pergi Lotte World sebab biasanya orang cerita fanfic buat couple pergi theme park dekat Lotte World. Oh lupa, aku bukannya pergi dengan couple. Aku pergi dengan family. Bengonglah kau, Hasreen. Btw, tengok gambar tu. Apa tu? Itulah icecream :D Pelik kan? Nampaknya berkacang-kacang *ayat adik* tapi bila masuk mulut melting terus. Yang paling best dekat Everland waktu main Bumper Car. Langgar langgar dengan korean guys hokeyyyyy. Apa yang tak best nye. *Saja nak jeleskan anda wahai cik athirah*

Sebelum tu, aku and le family bincangbincang nak pergi mana and then a group of korean guys jalanjalan tetiba sorang guy ni datang kat aku and mom pastu dia kata 'annyeong' Betapa mesranya mereka. Waktu kitorang jalanjalan lagi, ada sorang korean girl yang comel tegur kitorang 'annyeong'. Okey, mereka sangatlah comel dan polite.

Selepas tu, aku berkurung dalam hotel je sebab malas nak keluar. Tapi rugi T^T Diorang pergi Trick Eye Museum. Aku pula tengok anime dalam hotel. Best je tengok gambar diorang. Oh, dekat Korea, aku terpaut hati dengan satu anime Jepun, Tonari no- Kaibutsukun. Comel sangat Shizuku dengan Haru. Okey, tu bukan Korea. Kalau tak baca lagi Part 1, klik sini wahai si cantik dan si kacak . Then, kitorang balik Malaysia. Happy ending :)

Koreaaaa: part one :)
Monday, November 26, 2012 @ 12:10 PM | 0 yeolli(s)

Assalammualaikum. Heyyo, pic dekat atas tu di Nami Island. Seperti yang aku cakap, aku akan cerita pasal Korea after my last entry which is I'm writing right now. Sebelum start apaapa, kita baca bismilah dulu. Dah baca kan? Okey, first of all, details about le vacation:

How long at Korea: Seven days.
Staying at: Uljiro.
Going with who: Bigggggggggggg family :)
Season over there : Dunno. Autumm turning to snowy I guess :L

Waktu naik flight, aku super bosan. So, aku buka diary and tulis something. Aku nak share ngan korang sebab aku baik. Lololol. Korang kena bersyukur sangat tau boleh baca diary aku. Bukan senang nak baca diary orang. Hoho. Terasa macam very important person lah pula. Hikhok.

Airasia X (to Incheon), daylight, school's over. Heading to Korea. Woo~ Sekarang ibu tengah minta air. 50 minutes and we're landing. Buruk tulisan kan? Sebab tak biasa dowh. Tangan macam nak membeku. Padahal still dalam flight. Macam pfft je kan? Harith tertinggal winter jacket dia. K. Kasut rasa macam sakit gila. Ada sorang stewardess ni muka dia macam model Korea international + Ailee. Cantik :)
Sebenarnya aku tulis banyak lagi tapi aku cut sebab tak involve pasal Korea pun. Haha. Harith tu adik aku. Ayah pernah kata, sejuk dekat Korea lagi sejuk dari dekat Australia. Aku tak pernah pergi sana so aku buat dunno jelah.

Day one, we visit Nami Island. Ibu kata Winter Sonata berlakon dekat situ sebab tu diorang nak pergi. Aku ikut je. Oh, waktu nak beli tiket tu, guide tu cakap aku duabelas tahun. Weh, sedih weh. Bila family gathering, aku setinggi form three. Pendek sangat ke aku? D: Kwtv. Kitorang naik feri untuk lima minit then poof, welcome tu Nami Island :D

Kat sana ada pokok, itik, and... cute train? Aku tak pandai nak describe so tu jelah aku boleh bagitau pasal Nami Island. Tapi best tau dapat toleh kiri kanan dapat tengok korean guys. Cuma, Kebanyakan korean guys pergi sana untuk dating, takpun hangout. Betulbetulbetulbetullah, aku tak nampak pun hot korean guy. Aku tak taulah sebab mata aku yang susah nak detect budak hot atau memang tak wujud orang macam tu dekat Nami Island.

Day two, kitorang shopping around Namdaemun and Dongdaemun. Then, aku dengan ibu pergi jelajah segala kedai kpop beli barang kpop. Empat kedai kesemuanya. Weehoo. Aku beli t-shirt concert snsd. For only 10,000 won which means 30 ringgit. Dahlah original. Haha. Ciao dulu. Tunggu part two pulak.

I'm so glad I watch Rise of the Guardians and not Twilight :)







Time is everything
Sunday, November 25, 2012 @ 3:02 AM | 0 yeolli(s)

Assalammualaikum. Sorry sesangat dah lama tinggalkan blog. Tetibe rasa macam nak update blog. It starts when I open my Twitter account and my eyes always gluing at the http://rainy-missrain.blogspot.com. Rasa bersalah sangat tak update apaapa. Don't get me wrong but aku boleh rasa macam mana bila kita nak stalk someone's blog tapi dia tak update LANSUNG. Bukan nak bajet ada stalker tapi KALAU adalah kan :p

Dah beberapa minggu cuti. Actually, aku tak ingat pun dah berapa minggu. Minggu lepas aku pergi Korea with my big family. Celebrate UPSR 5A akulah kononnya padahal dah setahun berlalu and tahun depan aku dah form two. Korea is awesome. But I'm not addicted to it like Ayuni does of course. Sejuk gila sebab waktu tu musim sejuk. Nanti aku cerita pasal Korea. Bukan apa, aku rasa malas nak cerita sekarang ni.

Last day of school., ceh baru nak cerita. Haha. How it feels like: colourful (?) sebab ada waktu aku rasa macam wtf ada rasa macam excited and sedih. That wtf part. Even our last day of school, kitorang ada exam. Kalau exam main hentam je takpelah. Ini kena hafal bagai. Computer Science. Nama je sedap tapi sebenarnya @#$%^ Habis exam, kena habiskan pbs KH. Andthen, baru enjoy. Kitorang amik gambar sana sini. Belakang tangki pun nak amik. Yang sedihnya, eh, biar aku dengan Allah je tau.

Kbye. Tulis pepanjang pun bukannya ada yang baca kan. Merajuk ni. Eceh. Seriously, bye. Stay powerful :)